Tuesday, July 6, 2010

MY LOVELY ACTORS...



MY.. LOVELY ACTORS...
GAMBIT SAIFULLAH....mukanya ada gak mirip papa sikit2..wakaka..pa, jangan marah ek...
salah seorang dramatis/pelakon pujaanku....

UNTUKMU, SAYANG....


ERISSA...

TERBUJUR KAKU TIDAK TERUCAP KATA...
HAMPIR SEPARUH JIWA KU PERGI KERANA MENANTI HADIRNYA DIRI MU, DISISIKU...
TERJAWAB SUDAH KINI AKHIRNYA PENANTIAN ITU BUKAN LAGI SATU PERSOALAN...
PADA TANGGAL 4 MAY JAM 4 PETANG...DUNIA SEAKAN MENGERTI AKAN DENGAR TANGISMU...SENYUMMU...LIRIKAN MATAMU...
MEMBERIKANKU SERIBU ERTI..HINGGAKAN TIDAK TERNILAI DAN TERBANDING DENGAN YANG LAIN..KAU CUKUP ISTIMEWA BUATKU..
ERISSA...
ANUGERAH TUHAN YANG MAHA ESA..
SUJUD SYUKURKU KEPADAMU, ILAHI..ATAS SEGALA RAHMAT PEMBERIANMU...
ERISSA...
PERMATA KESAYANGAN...
PUTERI TIMANGAN YANG DIMANJA, DIBELAI DENGAN PENUH KASIH SAYANG...
SESUNGGUHNYA HADIRNYA DIRIMU WAHAI SANG PUTERI..MENJADI PENGUBAT SEGALA KEDUKAAN DI KALA MELALUI SAAT-SAAT SUKAR...
TERIMA KASIH, DUHAI CINTA...

Thursday, April 22, 2010

MOTHERHOOD EXPO MAJALAH PA&MA 2010


Kenangan masa pregnant ni, sempat lagi masuk bertanding Mama Hamil Menawan Majalah Pa&Ma... Ramai jugak mama yang sedang hamil menawan di luar sana.. inilah antara kenangan yang terindah semasa aku hamil walaupun alahan teruk, sempat lagi menyertai pertandingan seperti ni.. Apepun, doakan aku selamat melahirkan baby pertama ku..thanx to crew Majalah Pa&Ma..

MAJLIS BERSAMA PENAJA...


ok tak, my pic?...

with nia licous...


KENANGAN BERSAMA NIA


MAMA HAMIL MENAWAN MAJALAH PA & MA 2010



Kenangan terindah pertandingan MAMA HAMIL MENAWAN MAJALAH PA & MA MOTHERHOOD EXPO 2010 di Mid Valley...

Thursday, April 8, 2010

HANYA SATU LIONEL RICHIE...

HAI, PENGUNJUNG MY BLOGGER...
semoga sihat seadanya...dah lama tak menjenguk blogg sendiri...al-maklum sajalah sedang menanti detik bersejarah, pada bulan ni..dan, terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi bertanyakan khabar bila masa tak sihat dan kembali ke wad..
TERPANGGIL SEKETIKA...
untuk berkongsi sesuatu mengenai artis yang kesayangan yang berkunjung ke Malaysia, pada baru-baru ini..LIONEL RICHIE, WELCOME...
selain michael jackson, lionel richie juga antara artis antarabangsa yang cukup saya kagumi...
suaranya...lagu-lagunya fuh, benar-benar menyentuh jiwa...
penghibur unggul antarabangsa, Lionel Brockman Richie atau lebih dikenali sebagai seantero dunia LIONEL RICHIE selama 40 tahun menyanyi menghiburkan peminat tanpa rasa penat dan jemu...
sayangnya, peminatnya yang seorang ni, tak berkesempatan untuk menyaksikan konsert yang diadakan pada baru -baru ini..faham-faham sajalahdah la asyik tak sihat.. tiketnya mak, oi.... tp, kalau kahwin dgn vip dah tentu boleh tengok secara live.
ANTARA LAGU YANG CUKUP SAYA MINATI...STUCK ON YOU, HELLO, dan...
selainnya...say you say me - lagu tema dalam filem white nights,termasuk jugalah lagu all night long..
apapun syabas untuk Lionel richie semoga terus unggul bermula dari zaman the jackson 5 sehinggalah mampu bergelar penyanyi secara solo...MUZIK ADALAH NADINYA....

Tuesday, February 2, 2010

GOD.....god...god....

ALLAH S.W.T...
WILL NEVER CHANGE THE CONDITION OF A PEOPLE UNTIL THE CHANGE WHAT IS IN THEIR (OWN) SOULS..
AND...
ALLAH IS HEARS AND KNOWS ALL THING....

............IF YOU enter this world knowing you are LOVED and you leave this world knowing the same, then everything that happens in between can be dealt with.

Monday, February 1, 2010

HYE......



SALAM HARI WILAYAH...SALAM TAHUN BALU CINAAA...

ERM,macam tak bermakna jer sambutan hari wilayah tahun ni...almaklumlaaa...
tak dapat joint kekawan kat dataran dan macam-macam lagi laa...perihalnya bila jadi mak buyung ni...itula nasibnya...aar..apapun selamat hari wilayah 2010..
menunggu bulan dan hari sekarang ni, untuk jadi seorang ibu...perittnya dugaan yang dilalui bermacam-macam hal...dalam berkawan lak, ada macam-macam simpang siurnya..kat depan ok...belakang kita ada je perkara yang dibuat, memang tak terduga langsung... jatuh-menjatuh sudah menjadi adat dalam bidang broadcasting. Masing-masing ada strategi yang tersendiri untuk menaikkan diri sendiri.
Apa pun, berserah sajalah pada Allah Taala. Semoga orang yang dianiaya tetap dilindungi. Amiin.






Tuesday, January 5, 2010

HAI, UOLSS...


SALAM, HAPPY NEW YEAR...2010.
Dah lama tak jenguk blog sendiri, hehe..apapun salam januari, salam tahun baru..semoga tahun ini, menjanjikan sesuatu yang mengembirakan...apapun tahun ini, merupakan tahun yang paling mendebarkan untuk bakal seorang ibu seperti diri ini...
harapan dari semua yang menyayangi...doakan yang terbaik dan ikhlas dari hati semoga semuanya dipermudahkan segala urusan...semoga Allah s.w.t maha penyayang melindungi segala kejahatan dan keburukan...
Dalam hidup ini, tiada yang terindah selain diberikan kehidupan yang baik dan sempurna..
bahagia disamping insan tersayang, gemilang dalam pencapaian..AMINN...

Monday, December 7, 2009

antara bilik hospital dan konti..

hai semua....lama tak menjenguk blog ni..maklum lah, kadang-kadang, masa tak mengizinkan.. tambah pulak sekarang diri ini sudah berbadan dua..ni pun update blog dari katil hospital!

riindu nak 'on air' macam dulu tapi tak sihat..dah 3 bulan tak dapat on air..tambah pulak boring yang teramat terbaring kat sini, nasib jugak la suami tercinta menemani dan bawak dvd Michael this is it tuh, ada jugak benda yang tengok..terima kasih la kat suami yang hargai apa yang saya minat..!





Selain tu, kepada semua pembaca-pembaca yang disayangi, tolong-tolong lah doakan kesihatan saya yeee..





p/s: anak laki ke pempuan? korang rasa?

Monday, August 31, 2009

SALAM RAMADHAN





salam ramadhan....


hye....kabare???? alamak, cakap jawa la pulak... tu laa-maklum sajalah kat klfm tuu, ramei yang jawa hehe...jangan mare..


maaf, ek dah lama rr tak jenguk blog ni...apa laa agaknya tuan empunya badan tu, buat yer, buat...sampai tak up date blog.. macam kengkawan ku...ish, pemalas betui...bukan apa, sebenarnya banyak kojo dibuetnyo.....tambah lagi plak, broadband dah kono potong....


apapun....salam ramadhan for uollss.. tak lama lagi rayo...jadi, sebelum raya dan kita capai hari kemenangan buat kita semua....lipat gandakan segala amal ibadah agar mendapat pahala yang


berlipat-lipat gaaaaaaaaaaaaaaandaaaaaaaaaaaaaa yer...




Wednesday, July 8, 2009

MICHAEL ALWAYS IN MY HEART..


you are not alone...setiap kali mendengar lagu ini, air mataku pasti menitis...mengenangkan michael,jacko atau mikail....apapun...michael tetap abadi di hatiku selamanya...sudah lama saya tidak menjenguk kamar blog yang kusam ini..biarpun banyak cerita negatif tentang raja pop kesayangan ramai ini...percayalah bahwa saya, antara berjuta atau berbilion peminatnya yang amat merasai kehilangannya...michael adalah seorang manusia yang sangat-sangat unik..dari perangainya..suaranya...kehidupannya dan amat sayangkan kanak-kanak..malahan, apa yang saya tahu kanak-kanak adalah syurga baginya..sama seperti saya yang sukakan kanak-kanak..tetapi, kenapa sayangnya dia pada kanak-kanak disalah ertikan..sehingga suatu ketika dulu, dia dikatakan telah mencabul kehormatan seorang kanak- kanak...kenapa???...apa yang saya tahu, michael tidak pernah mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada seorang ayah..sehinggalah dia menjadi seorang ayah..menjadi satu kebanggaan pada dirinya apabila anaknya sendiri memanggilnya dengan panggilan 'ayah'..rentetan hidup Michael apa yang saya faham, dia kecewa dengan ayahnya sendiri termasuklah penderaan yang pernah dilakukan oleh ayahnya..penghinaan yang telah dilakukan oleh bapanya sendiri memaksa Michael berubah wajahnya sedikit demi sedikit sehinggakan dia begitu taksub.subhanallah..selain dari kejayaannya dalam industri muzik, apa yang saya kagum tentang Michael walaupun merupakan manusia yang sangat-sangat pelik, dia memeluk Islam dan mendapat ketenangan... walaupun tidak secara umum diisytiharkan dia menganut agama islam. Tetapi paling menyedihkan, kalau dia benar dia merupakan penganut agama Islam, adakah dia disemadikan mengikut cara Islam?
sehinggakan mayatnya dibiarkan begitu lama untuk dikebumikan. love you Michael!

SWEET MEMORIES WEDDING OF THE YEAR AIDA-ZUHARI


jalan kebahagiaan bukannya satu tetapi terbentang luas di hadapan, dia yang ku cari telah ku temui... Terima kasih cinta..



the best pose of us..